SMK Gum Gum ditubuhkan pada bulan Disember 1989. Pada mulanya SMK Gum Gum menumpang di SMK Agama Sandakan yang terletak di km 18 Jalan Labuk Sandakan. Pada masa itu ia dikenali sebagai SMK Muhibbah Raya. SMK Muhibbah Raya mula diterajui oleh Pengetua pertama iaitu Tuan Syed Mokhtar Syed Mashor dan dibantu oleh tiga orang tenaga pengajar iaitu En. Mad Jaie Lantas, En. Khusaini Mohd. Panglan dan Cik Azizah. Semasa beroperasi hanya terdapat empat buah kelas tingkatan satu.
Pada Disember 1990, SMK Muhibbah Raya telah berpindah ke lokasi baru iaitu menumpang di SK. Gum Gum Batu 16, yang terletak di km 23 Jalan Labuk Sandakan. Dengan perpindahan ini nama SMK Muhibbah Raya ditukar kepada SMK Gum Gum sempena mengambil nama lokasi baru iaitu Kg. Gum Gum. Semasa perpindahan ini bilangan kelas telah bertambah sebanyak lapan buah kelas tingkatan 1 dan 2 dengan tenaga pengajar seramai lapan orang. SMK Gum Gum menumpang di sekolah berkenaan selama setahun.
Pada awal Disember 1991 sekali lagi SMK Gum Gum berpindah ke tapak yang lebih kukuh di km 24 Jalan Labuk Sandakan.Sekolah ini boleh dihubungi melalui Jalan Gum Gum Manis dengan jarak dari jalan utama sejauh 1.8 km. Tahun demi tahun pelajarnya bertambah begitu juga dengan tenaga pengajarnya. Dua puluh buah kelas telah dibuka dari tingkatan satu hingga tingkatan lima dengan setiap tingkatan mengandungi empat buah kelas termasuk satu kelas aliran sains bagi tingkatan empat dan lima. Tuan Syed Mokhtar Syed Mashor menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai pendidikan dengan jawatan pengetua di SMK Gum Gum pada 8 Ogos 1996.
Bermula pada 16 Ogos 1996, SMK Gum Gum diterajui oleh pengetua kedua iaitu En. Hussein Abd.Manaf yang sebelum ini bertugas sebagai pengetua SMK Penangah, Kinabatangan.Semasa era En.Hussein Abd. Manaf, terdapat 45 orang tenaga pengajar dan 5 orang kakitangan bukan mengajar serta 963 orang pelajar yang datang dari sekitar Kg. Gum Gum, Sepilok, Kg. Sungai Tiram, Sakilan Desa, Batu 25, Kg. Ulu Dusun dan Kg. Jaya Bakti batu 36 Sandakan.
Pada tahun 1998 seorang lagi pengetua baru memulakan tugas di SMK Gum Gum iaitu Tn. Hj. Abdullah Bin Hj. Isa.Beliau menjadi pengetua ketiga SMK Gum Gum menggantikan tempat En. Hussein Abd.Manaf yang bertukar ke SMK Berhala Darat (SMK Pengiran Galpam).Tn. Hj. Abdullah Hj. Isa sebelum ini bertugas sebagai pengetua di SMK Batu Sapi, Sandakan. Sepanjang tempoh perkhidmatan Tn. Hj. Abdullah Hj. Isa iaitu pada 7 Januari 2003 sekali lagi SMK Gum Gum mencatat sejarah yang tersendiri apabila sekolah ini sekali lagi berpindah ke lokasi baru yang lebih besar dan selesa serta lengkap dengan berbagai kemudahan infrastruktur. Sekolah baru ini mempunyai kemudahan lima buah blok bangunan, bengkel pertanian, makmal komputer, kantin dan dilengkapi dengan kemudahan sukan seperti padang serbaguna, gelanggang bola keranjang, tenis, bola tampar, sepak takraw. Pada 31 Disember 2003, Tn. Hj. Abdullah Hj. Isa juga menamatkan perkhidmatannya sebagai pengetua di SMK Gum Gum kerana persaraan wajib.
Sepanjang tempoh ketiadaan pengetua (Januari 2004 – Ogos 2004) tugas sebagai pengetua dipikul oleh Pn. Hamidah Awang Lukman yang memegang jawatan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah.
Pada 2 Ogos 2004 sekali lagi SMK Gum Gum menerima kehadiran pengetua baru yang keempat iaitu En. Rukimin Bin Sulit. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Sung Siew Sandakan. En. Rukimin merupakan Guru Pakar Sains. Pada masa ini bilangan pelajar SMK Gum Gum hanya seramai 620 orang. Kemerosotan jumlah pelajar ini disebabkan pembukaan sekolah-sekolah baru seperti SMK Libaran, SMK Segaliud, dan SMK Balaban Jaya yang menyebabkan sebahagian pelajar ditempatkan dan berpindah ke sekolah berkenaan. En. Rukimin Sulit hanya berkhidmat di sekolah ini selama empat tahun kerana beliau dinaikkan pangkat dan ditempatkan di SMK Telupid, Sandakan. Beliau bertukar ke SMK Telupid pada Februari 2008.
Pada 15 Februari 2008, sekali lagi SMK Gum
Gum menerima kehadiran pengetua baru yang kelima iaitu Encik Roslan Bin Diming,
yang sebelum ini bertugas sebagai pengetua di SMK Telupid, Sandakan. Encik
Roslan Bin Diming telah ditukarkan ke SMK Agama Tun Juhar Sandakan pada 16
Februari 2011.
Smk Gum Gum menerima pengetua baru yang
keenam iaitu Haji Mohd Khairul Anuar Bin Abdullah pada 10 Jun 2011, yang sebelum
ini pernah bertugas di SMK Ulu Sapi, Sandakan. Setelah bertugas selama lebih
kurang 8 tahun dan membuat banyak perubahan baharu di SMK Gum Gum, Haji Mohd Khairul
Anuar Bin Abdullah menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengetua Cemerlang pada 04
Jun 2019 atas sebab persaraan wajib. Tempat beliau kini digantikan oleh Haji Mordin
Bin Haji Mohd Daud yang melapor diri pada 11 Jun 2019 yang sebelum ini pernah
bertugas sebagai Pengetua di SMK Bukit Garam 2, Kinabatangan.
SENARAI NAMA PENGETUA
BIL
|
NAMA
PENGETUA
|
TARIKH
BERKHIDMAT
|
01.
|
Tuan Syed Mokhtar bin Syed Mashor
|
01.12.1989
– 15.08.1996
|
02.
|
En. Hussein Abd.Manaf
|
16.08.1996
– 31.12.1997
|
03.
|
Hj. Abdullah bin Hj. Isa
|
01.01.1998
– 31.12.2003
|
04.
|
En. Rukimin bin Sulit
|
02.08.2004
– 14.02.2008
|
05.
|
Ustaz Roslan bin Diming
|
15.02.2008
– 15.02.2011
|
06.
|
Hj. Mohd Khairul Anuar bin
Abdullah
|
10.06.2011
– 04.06.2019
|
07.
|
Hj. Mordin bin Hj. Mohd Daud
|
11.06.2019
– sekarang
|
No comments:
Post a Comment